Page 201 - QURAN-CHICHEWA_Neat
P. 201

AH 9 AT-TAUBAH JUZ 10

41 . Pergilah kamu beramai-ramai

(untuk berperang pada jalan Allah),

samada dengan keadaan ringan (dan

mudah bergerak) ataupun dengan

keadaan berat (disebabkan berbagai-

bagai tanggungjawab); dan berjihadlah

dengan harta benda dan j iwa kamu

pada jalan Allah (untuk membela

Islam). Yang demikian amatlah baik

bagi kamu, jika kamu mengetahui.

42 . Kalau apa yang engkau serukan

kepada mereka (wahai Muhammad)

sesuatu yang berfaedah yang mudah

('..;'.-~<'fl\ didapati, dan satu perjalanan yang
~' sederhana (tidak begitu jauh), nescaya

mereka (yang munafik itu) akan

mengikutmu; tetapi tempat yang

hendak dituju itu jauh bagi mereka.

Dan mereka akan bersumpah dengan

nama Allah dengan berkata: "Kalau

kami sanggup, tentulah kami akan

pergi bersama kamu". (Dengan

sumpah dusta itu) mereka

membinasakan diri mereka

sendiri, sedang Allah menget-

ahui bahawa sesungguhnya

mereka itu orang-orang yang

berdusta (tentang tidak

sanggupnya mengikutmu). 43 . Allah

memaafkanmu (wahai Muhammad),

mengapa engkau izinkan mereka

(tidak turut berperang) sebelum nyata

bagimu orang-orang yang benar dan

(sebelum) engkau mengetahui orang-

orang yang berdusta? 44. Orang-orang •

yang beriman kepada Allah dan hari

akhirat, tidak akan    meminta izin                r!izK~dii:liil~.z~M~d ~:lii:i1.1i:'.lm~~=~~Z~~a~zma:z1zi.7ij
kepadamu untuk (tidak  turut) berjihad
dengan harta benda dan j iwa mereka. • 6 Hara~at pan:~~taua4 ~tau 6 harakat
Dan (ingatlah) Allah Maha ~ 4atau5harakat 2harakatsahaja                     e lkhfa'-Dengung 2 harakat • Tafkhim

                                                                             ldgham-T1dakd1ouny1kan e Qalqalah

Mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. 45 . Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah
orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu
mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. 46. Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut
berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, Ialu
Ia lemahkan semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang
yang tinggal". 47. Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan
kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu , (dengan tujuan) hendak
menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar
hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

                                                   194
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206