Page 21 - QURAN-CHICHEWA_Neat
P. 21
URAH 2 AL-BAQARAH JUZ I
89. Dan tatkala datang kepada mereka
sebuah Kitab dari Allah (Al-Quran),
yang mengesahkan apa yang ada pada
mereka (Kitab Taurat), sedang mereka
sebelum itu sentiasa memohon
(kepada Allah) kemenangan atas kaum
kafir musyrik (dengan kedatangan
seorang Nabi pembawa Kitab itu).
Setelah datang kepada mereka apa
yang mereka sedia mengetahui
kebenarannya (Nabi Muhammad dan
Al-Quran), mereka mengingkarinya;
maka (dengan yang demikian), laknat
Allah menimpa orang-orang yang
kafir ingkar itu. 90. Sejahat-jahat
perkara (yang mereka lakukan) ialah
perbuatan mereka mem be Ii
kesenangan dirinya sendiri dengan
mengingkari A 1-Quran yang tel ah
diturunkan oleh Allah, kerana dengki
bahawa Allah menurunkan dari
limpah kurnia-Nya (wahyu) kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya di
antara hamba-hamba-Nya (iaitu
Nabi Muhammad, s.a.w.).
Dengan sebab itu sudah sepatutnya
mereka mendapat kemurkaan Allah
bertalu-talu, dan orang-orang yang
kafir itu akan beroleh azab sengsara
yang menghinakan. 91. Dan apabila
dikatakan kepada mereka:
"Berimanlah kamu kepada apa yang
telah diturunkan oleh Allah (kepada
Nabi Muhammad)", mereka
rnenjawab: "Kami hanya beriman •
kepada apa yang telah diturunkan
kepada kami (Taurat)". Dan mereka •
ingkarkan (Kitab) yang lain yang ~-!o!K=ild:~~.Zi;M~d lii'!'.iliZil'.i?.lii."Zll1iZ:i:iiii."ZBZ::iii.'.iil:.llliiill'.iiZm~~Z:==-
diturunkan kemudian daripadanya, • 6 Hara~atar pan:~~taua4 ~tau 6 harakat
e lkhfa' - Dengung 2 harakat • Tafkhim
padahal Al-Quran itu benar lagi e 4atau5harakat 2harakatsahaja ldgham-Tidakd1ouny1kan • Oalqala
mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, men~
kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang :-
beriman?". 92. Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-kete rar.=
(mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbli
itu) adalah orang-orang yang zalim. 93 . Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan
semasa Kami angkatkan bukit Thursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): "Ambillah ( dan amal I.
ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah
yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)". Mereka menjawab: "Kami dengar, dan k
menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (Patung) anak lembu itu tel ah mesra dan sebati di dalam h~
mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Amatlah jahatnya apa yang di sun..
oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".
14