Page 179 - QURAN-CHICHEWA_Neat
P. 179

AH 7 AL-A'RAAF JUZ 9

164. Dan (ingatlah) ketika segolongan

di antara mereka berkata: "Mengapa

kamu menasihati kaum yang Allah

akan membinasakan mereka atau

mengazabkan mereka dengan azab

yang amat berat?" Orang-orang (yang

memberi nasihat) itu menjawab:

_ _ _"(o.N.. asihat itu ialah) untuk melepaskan

'·~\,.;'-!! diri dari bersalah kepada Tuhan kamu,
~:)!. dan supaya mereka bertakwa".

165. Maka tatkala mereka melupakan

(tidak menghiraukan) apa yang telah

diperingatkan kepada mereka, Kami

selamatkan orang-orang yang

melarang daripada perbuatan jahat itu,

dan Kami timpakan orang-orang yang

zalim dengan azab seksa yang amat

berat, disebabkan mereka berlaku

fasik (derhaka). 166. Maka setelah

mereka berlaku sombong takbur (tidak

mengambil endah) kepada apa yang

telah dilarang mereka melakukannya,

Kami katakan kepada mereka:"

Jadilah kamu kera yang hina".

167. Dan (ingatlah wahai Muhammad)

ketika Tuhanmu memberitahu:

Bahawa sesungguhnya la akan

menghantarkan kepada kaum Yahudi

itu, (terus menerus) hingga hari

kiamat, kaum-kaum yang akan

menimpakan mereka dengan azab

sengsara yang seburuk-buruknya

(disebabkan kejahatan dan kekufuran

mereka). Sesungguhnya Tuhanmu

amat cepat azab seksa-Nya, dan

sesungguhnya la juga Maha

Pengampun, Jagi Maha Mengasihani.
168. Dan Kami pecah-pecahkan ~,fi:lillK•di:.li:B. Z~Mr&d:fii1B~l:ll:f.i1~~mii.\'&lmZmDii:llZmamz~
mereka (kaum Yahudi itu) e 6Hara~atarpan;~~taua4~tau6harakat
berpuak-puak (yang bertaburan di • 4 atau ~ harakat • ~harakat sa~aja  • lkhfa'-Dengung2harakat     • Tafkhim

                                                                       • ldgham - Tidak d1ouny1kan  • Oalqalah

rnerata-rata) cfunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga ada yang tidak demikian. Dan
Kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka
kembali (bertaubat). 169. Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang
mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: "Akan
diampunkan kelak dosa kami". Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka
akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam Kitab Taurat
bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah
mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih
baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mahu mengerti? 170. Dan orang-orang yang berpegang
teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala
orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).

                                                   172
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184