Page 27 - QURAN-CHICHEWA_Neat
P. 27
SURAH 2 AL-BAQARAH JUZ 1
127. Dan (ingatlah) ketika Nabi
Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak)
Baitullah (Kaabah) itu, sambil
keduanya berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami);
sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui;
128. "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah
kami berdua: orang-orang Islam
(yang berserah diri) kepada-Mu, dan
jadikanlah daripada keturunan kami:
umat Islam (yang berserah diri)
kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada
kami syariat dan cara-cara ibadat
kami, dan terimalah taubat kami;
sesungguhnya Engkau-lah Maha
Penerima taubat, lagi Maha
Mengasihani ; 129. "Wahai Tuhan
kami ! Utuslah kepada mereka seorang
Rasul dari kalangan mereka sendiri,
yang akan membacakan kepada
mereka ayat - ayat (firman) Mu dan
mengajarkan mereka isi kandungan
Kitab (Al-Quran) serta Hikmah
kebijaksanaan, dan rnembersihkan
(hati dan jiwa) mereka (dari syirik
dan maksiat). Sesungguhnya
Engkau-lah yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana ". 130. Tidak ada
orang yang membenci agama Nabi
Ibrahim selain dari orang yang
membodohkan dirinya sendiri, kerana
sesungguhnya Kami telah memilih
Ibrahim (menjadi Nabi) di dunia ini ;
dan sesungguhnya ia pada hari akhirat
kelak tetaplah dari orang-orang yang ~·~~K~d~m~. mM~d~~z~mm~~Z:illm:il'.il~i:5ill~:i:mi:i~==-
soleh (yang tertinggi martabatnya). e s Hara~atar pan:~~taua4 ~tau 6harakat
• lkhfa'- Dengung 2 harakat • Tafkhim
131. (lngatlah) ketika Tuhannya e 4atau5harakat e 2harakatsahaja ldgham-ndakd1ouny1kan e Qalqalah
berfirman kepadanya: "Berserah dirilah (kepada-Ku wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku berser.
diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbirkan sekelian alam". 132. Dan Nabi lb rah
pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Ya'akob (berwasiat kepa
anak-anaknya) katanya; "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menja
ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam ". J33 . (Demikianlah wa.-
Nabi Ya'akob, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ket
Nabi Ya'akob hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesucL
aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ism
dan lshaq, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepada-Nya-lah sahaja kami berserah diri(dengan penuh imar
134. Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka te:
usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan ; dan kamu tidak akan ditanya (ac..
dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.
20