Page 219 - QURAN-CHICHEWA_Neat
P. 219
AH 10 YUNUS JUZ II
26. Untuk orang-orang yang
berusaha menjadikan amalnya
baik dikurniakan segala
kebaikan serta satu tambahan
yang mulia; dan air muka
mereka pula (berseri-seri) tidak
diliputi oleh sebarang kesedihan dan
kehinaan. Mereka ituJah ahli Syurga,
mereka kekal di dalamnya selama-
lamanya. 27. Dan untuk orang-orang
yang melakukan kejahatan (syirik dan
maksiat), balasan tiap-tiap satu
kejahatan mereka ialah kejahatan yang
sebanding dengannya serta akan
ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi
mereka pelindung dari (seksa) Allah;
muka mereka (hitam legam)
seolah-olahnya ditutup dengan
beberapa bahagian (yang gelap gelita)
dari malam yang gelap gelita. Mereka
itulah ahli neraka, mereka kekal di •
dalamnya. 28. Dan (ingatlah) masa
Kami himpunkan mereka semua (pada
hari kiamat), kemudian Kami
berfirman kepada orang-orang
musyrik: "Tunggulah di tempat kamu 1 .J~?:;j\ ~>"' - •~,,. ~"':=_i\ ~~ ~/-~j\ '>fJ::=>.,.J... ~,,:~j\ ~': i\-:= ::'.'
semua, kamu dan makhluk-makhluk '.J
c..r'
yang kamu jadikan sekutu", sesudah
itu Kami putuskan perhubungan baik l~:'i"\ , h ,, , -;;.. >~rt~~"~~--<;). ~p... ,....,....,.. ~ >,, &-::.. ,,>. J. ,,,,,.,,,.
,::,:.- )U\ ~ a.u\ u)~
di antara rnereka. Dan berkatalah ~J .:!JI\
makhluk-makhluk yang mereka
sembah itu (sebagai berlepas diri): ~~-..../.;_.)~;.~,,.,.> ,....,.... be ,,
"Bukanlah kami yang kamu puja dan "' i~ ~l \0 ,.... ..;: ." ,'.tlll ~'.: ".'\"\ ',~,. ,,.... \,.. ~,,.W,,.
taati, (sebenarnya kamu hanya ~--':'.11:"a./"'
'31!
memuja dan mentaati hawa nafsu 1~5 ~1: '»~,i, ,,..~, 6~\,,, ~ ~_; ~ <:.i;.
~ "...T - "' - ~
kamu sendiri)! 29. "(Allah rnengetahui - ,,..
apa yang sebenarnya); oleh itu,
cukuplah Allah sebagai saksi antara ~-K;mid;il.'!'i!il'.ii.ii'llliiiM!i~d mllr.llZl.'!'.i"lrA'i~ill!'.if.Z:D:Bfliimmi."'.jlZl:i'llD~ZL
kami dengan kamu , bahawa • 6 Hara~atar pani:~~taua4 ~tau 6 harakat • lkhfa'- Dengung 2 harakat I • Tafkhim
sesungguhnya kami tidak menyedari • 4 atau_5_tiaraka~!_2 harakat sahaja
e ldgham -T1dak d1ouny1kan • Qalqalah
pujaan atau penyembahan kamu (kepada kami)". 30. Pada masa itu tiap-tiap diri dapatlah mengetahui (dan
merasai) akan apa yang telah dikerjakan; dan mereka dikembalikan kepada Allah Tuhan mereka yang sebenar-
benamya (yang akan membalas dengan adilnya); dan (dengan itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang
mereka ada-adakan. 31 . Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada
kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang
mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk
yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekelian alam?" (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu)
maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (rnengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang rnenguasai
segala-galanya!" Oleh itu, katakanlah:"(Jika kamu mengakui yang demikian), rnaka mengapa kamu tidak mahu
bertakwa?" 32. Maka yang demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-
benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut
sahaja? Oleh itu, bagairnana karnu dapat dipesongkan dari kebenaran? 33 . (Sebagairnana benamya Ketuhanan
itu bagi Allah sahaja) dernikianlah benarnya kalimah ketetapan hukum Tuhanmu, terhadap orang-orang yang
fasik, kerana bahawasanya mereka tidak beriman.
212